Mari Sertai Saya

Rabu, 11 Disember 2013

Terima Kasih Allah :')

Terima Kasih Allah :')
kerana ujianMu aku semakin sedar dr kealpaan
kerana ujianMu aku semakin dewasa
kerana ujianMu aku menyedari rahmat yg begitu indah dariMu


Terima Kasih Allah :')
kerana ujianMu aku semakin kuat
kerana ujianMu aku kembali tersenyum
keranaMu aku menghargai setiap nikmat hidup

InsyaAllah.. 
Semoga aku sentiasa dalam rahmatMu
semoga KAU sentiasa disisi ku 
Semoga airmata duka itu tidak menitis lagi
Semoga sekeping hati itu tidak terluka lagi

Kerana Mu YA ALLAH S.W.T... 
moga bahagia itu milikku & terus mekar bersama Rahmat dari Mu..
Amin Amin Ya Rabbal Alamin... 



Khamis, 10 Oktober 2013

Buat Seorg Sahabat


Minggu lepas Birthday seorg sahabat lama
sahabat yg dah lama aku lost contact & aku terpaksa lupakan
tapi hari tu aku wish birthday utk pertama kalinya selepas bertahun aku tgglkan dia
terasa sebak dihati saat aku taip mesej berbunyi
''happy birthday.. semoga sentiasa sukses dunia akhirat''

Kemudian dia membalas
dgn kata2 sgt terharu & mungkin tak menyangka 
dan satu katanya yg dia tk mahu kehilangan semua kwn2 yg dulu pernah bersama dia
& rindu pd semua
Hanya Allah yg tahu perasaannya

Aku hanya membalas
''berdoa pd Allah semoga dilembutkn hati mereka & luruskan niat''
ya... sesungguhnya hati2 kami sgt terluka
kecewa yg amat sgt
sehinggakan kami terpaksa membuang nama kamu dr list ''friend''

Aku mohon maaf pdnya
''aku juga rasa sama seperti kamu.aku bersedih. tp aku terpaksa buang kamu
& semua yg ada kaitan dgn kamu.maaf.. 
sbb aku rs sgt kecewa...''

Tapi katanya pula
hanya Allah juga yg tahu apa yg telah dia lakukan
dan alasan kenapa dia bersikap begitu

Wahai sahabat
aku bukan manusia kejam hingga menghukum tanpa sebab
jauh disudut hati aku telah lama memaafkn
tapi hingga saat ini kau masih tk memahami
kenapa aku menghukum

Bukan niat memutuskn silaturahim
tp sekadar merawat kekecewaan dihati
krn bimbang pisang akan berbuah dua kali

Aku dah lama memaafkan
aku dah halalkan segala nya
duit, keringat, masa yg terbuang dulu
sungguh!
krn itu sja kenangan yg ada

Cuma aku mohon kenanglah!!
tolonglah.. itu saja..
aku bukan minta kau membalas.. membayar utk itu..

Tapi cukuplah jika kau hargai
setiap pengorbanan dr kami
walau sedikit
itu sudah cukup

Saat aku dilupakan setelah kau senang
saat aku dilupakan setelah kau sihat
Saat aku dilupakan saat kau bahagia

Sehingga  kini aku masih tertanya2
apakah nilai persahabatan & perngorbanan aku
Sungguh aku kecewa hingga saat ini
:'(




Khamis, 29 Ogos 2013

La Tahzan Wahai Hati

aku tak mintak disanjung
cukup sekadar mengerti & rasai kehadiran aku
aku tak minta di layan spt ratu
cukup sekadar memahami aku

hati..
kadang2 ada 1001 rasa
marah.. cemburu.. iri hati..sedih.. gembira..
kerana aku manusia biasa...

aku masih lagi bertahan
tabah.. kuat.. merawat hati yg luka..
sesungguhnya aku sgt lemah....
tapi aku yakin
Allah S.W.T ada sentiasa bersama ku

Ya Allah
moga iman & jiwa ku kuat...

Krn aku takut suatu hari.....
hati aku.....jiwa aku......
akan berpaling.....
akan berhenti mengharap...
lalu aku 'pergi'
pergi buat selamanya....

andai itu terjadi
jauhlah aku dr redha Allah...
jauh la aku dr jalanNya...
sesungguhnya aku tak kuat.... 

andai itu terjadi
jgn aku disalahkn...
jgn aku dibenci
jgn aku dihina
krn aku penat menjadi aku
menjadi aku yg skrg...
krn ketabahan manusia ada hadnya...

wahai hati....
tabahlah.. 
jadilah kau sekental batu..
wahai diri..
tabahlah kau..
jadilah kau seperti tiada perasaan..
kerana mungkin itu yg terbaik...


Selasa, 23 Julai 2013

Lemas dalam kereta ibu

Mesti semua dah tahu pasal kes kanak2 mati lemas setelah ditinggalkn dlm kereta ibunya selama 5 jam.. Al-fatihah buat adik Iris & takziah buat keluarga arwah...


Budak 3 Tahun Maut Lemas Dalam Kereta Ditinggalkan Ibu 5 Jam | PETALING JAYA – 

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.  
Sedihnya aku baca berita yg yang melibatkan kanak2 mati kerana kecuaian ibu bapa.. Tak dpt bayangkn
 saat2 budak tu bertarung nyawa sblm menemui ajal... Inilah yg dinamakn ajal.. kalau dah sampai masanya 
akan pergi juga.. cuma cara & waktu yg berbeza & kita tak jangka.. nak salahkn si ibu tak leh jgk.. kita tk 
de d tmpt dia.. Kehilangan anak krn kecuain diri sendiri lagi lah satu perkara yg tak dpt dimaafkan.. mesti si 
ibu menderita seumur hidup.... ada pulak yg mintak si ibu didakwa.. What for??
dia kehilangan anak.. trauma... ditambah lagi dgn kena dakwa bagai... dia tertinggal bukan sengaja tinggal..
 mungkin kerana bebanan kerja yg terlampau mendesak sampai si ibu lupa akan anaknya... Kesian sgt pd si 
ibu & arwah... Cuma moga2 kejadian cmni dpt jadi pengajaran pd masyarakat2 di luar sana agar jgn 
berulang lagi.... Wallahualam... semoga keluarga arwah tabah & sabar.. Ujian & dugaan di bulan yg mulia 
utk menguji keimanan kita... 

Khamis, 18 Julai 2013

Madu a.k.a Racun


Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman. - KOSMO!


Jujur aku aku nak tanya seluruh wanita2 di Malaysia.. apa perasaan korang baca berita ni? SHOCK? SAD? ANGRY? apa pun perasaan Dayana sbg isteri yg teraniaya lagi la teruk... Hanya Allah je yang tahu.. 
Mmg benar islam menghalalkn poligami.. Tapi adilkah bg seorg isteri dgn tindakan ashraff tu? Kok ye pun dah kemaruk sgt nk kwen lain tggu la keputusan dr mahkamah dulu... Kesian sgt aku pd Dayana.. alasan tk dpt zuriat lagi.. logik ke? baru 2 tahun berkahwin.. bkn 10 tahun.. Allah sruh berusaha bkn tggu rezeki dtg bergolek.. Kalau aku di tmpt Dayana... Aku tk mgkin dpt jadi wanita setabah dia.. masih lagi pertahan kan maruah suami.. Ya Allah.. mulianya & solehah nya Dayana...

Dgr berita suami kahwin lari di Thailand mmg la satu tamparan yg maha hebat... boleh gila di buat nya.. apa yg aku tahu Dayan mmg tk rela dimadukan.. sbb tu Ashraff failkn di mahkamah kebenaran berpoligami. Tak boleh ke tggu keputusan mahkamah. Hormati keluarga isteri.. perasaan isteri tu sendiri perlu dihormati..sampai hati Ashraff.. Berdosa bg seorg suami melukakan hati seorg isteri... 
aku sendiri pon tk sanggup nak bermadu.. Bukan mudah.. nak bayangkn pon terasa ngeri!!

Untuk Wan Sakinah.. tahniah! Slmt pengantin baru.. Berbahagia lah diatas tangisan wanita lain... Satu hari anda akan faham bagaimana perasaan seorg isteri.. bukan sng nak berkongsi suami.. Semoga tabah hadapi cabaran hidup bermadu..

Dah x minat ashraff lagi.. cukup setakat ni.. kagum pon takde... Aku doakan Dayana tabah & mohon petunjuk dr Ilahi dlm menyelesaikn segala masalah yg berlaku.. sbg wanita & isteri.. aku sgt memahami..