Mari Sertai Saya

Rabu, 26 Disember 2012

Nasi Daging Utara Mai


Harini terasa nak kongsi sesutu yg lain.. hehe.. makan!! sapa tak suka mkn kan...
ni slh satu makanan feberet ku.. yummy.. sebelum bergelar isteri tau melantak je.. mentang2 sedap kan...
bila dah mengandungkan aneesa.. tetiba terasa mengidam.. ah.. sudah!! ke sani sini cari tak de..
dah sah2 ni resepi utara mari kan... tahap dah tk leh sabar lagi terus mintak mak resepi nasi daging ni..
ha.. taraa... puas!! mmg sedap sgt.. kalau sebut nasi daging kat KL ni org gelak.. majoriti tak tau..
ni resepi utara hokehh!! last buat masa 4 bln lalu.. huh! lama kan.. hubby tk bpe suka sgt sbb dia tk pndai nak mkn jenis dip dip & kering2 ni..so jarang2 sekali nak buat..hehee.. meh nak kongsi resepi rahsia dari mak.. tapi sukatannya agak2 la ye.. sbb mak den bg pon tk de sukatan.. belasah aje! heheee...


BAHAN- BAHANNYA :


  • Beras (ikut brp bnyk nak masak)
  • daging (agk2 la dlm 1/2 kg ke..sukatan utk brp org nak mkn)
  • susu cair
  • marjerin / minyak sapi/ buttercup
  • tomato puri 
  • bawang merah (tumbuk)
  • bawang putih (tumbuk) / seulas di racik halus2
  • halia (tumbuk)
  • jintan manis (tumbuk)
  • bawang besar
  • sedikit cuka makan
  • asam jawa
  • buah tomato
  • cili besar & cili padi
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih & bunga lawang)
  • timun
  • belacan

CARA MEMASAK : 

Perkara pertama kena buat ialah rebus daging agak2 separuh masak.asingkan air daging & daging. Kemudian panaskn mentega / minyak sapi / buttercup dlm periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan kemudian masukkn bahan2 yg ditumbuk td. Tumis smpai garing & naik bau. masukkn daging. pastu masukkn beras yg telah dibasuh & ditoskan. kacau seketika. masukkn air daging secukupnya agar cukup utk memasak beras & daging separuh masak tadi. kacau lagi. masukkn beberapa sudu tomato puri, & susu cair td (agak2 ye).teruskan kacau & tutup periuk. api perlu diperlahan kan spy nasi masak mcm biasa.sesekali nasi perlu dikacau spy nasi nya betul2 masak.. smpai la kering & jadi nasi yg sempurna.. gambarannya spt di bwh..





CARA MEMBUAT AIR ASAM : 


  • Bawang besar dihiris.
  • buah tomato dipotong dadu.
  • cili besar & cili padi dihiris (ikut kepedasan).
  • belacan
  • garam & gula.

bahan2 diatas digaul kan bersama air asam jawa. tambahkan garam & gula secukup rasa.






ACAR TIMUN : 

Timun dipotong bulat. Bawang besar di potong bulat, bawang putih yg diracik halus td, cili besar yg dipotong & cuka makan. satu kan semua di dlm mangkuk. masukkn sedikit gula & garam secukup rasa.. & gaul sehingga sebati.. siap!!