Mesti semua dah tahu pasal kes kanak2 mati lemas setelah ditinggalkn dlm kereta ibunya selama 5 jam.. Al-fatihah buat adik Iris & takziah buat keluarga arwah...
Budak 3 Tahun Maut Lemas Dalam
Kereta Ditinggalkan Ibu 5 Jam | PETALING
JAYA –
Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan
tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak
kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.
Nawal
Iris Samsudin, yang tertidur
di kerusi belakang kereta, ditemui
oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum
dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP
Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua
tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali
ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.Ibu kanak-kanak itu yang merupakan
seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat
jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini
hari ini.Beliau berkata sebelum ke sekolah,
wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
Subang.“Setelah habis tugasan si ibu pergi
ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan,
bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta
berkenaan,” katanya.Yahaya berkata menyedari keadaan
anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik
swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan
kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Sedihnya aku baca berita yg yang melibatkan kanak2 mati kerana kecuaian ibu bapa.. Tak dpt bayangkn
saat2 budak tu bertarung nyawa sblm menemui ajal... Inilah yg dinamakn ajal.. kalau dah sampai masanya
akan pergi juga.. cuma cara & waktu yg berbeza & kita tak jangka.. nak salahkn si ibu tak leh jgk.. kita tk
de d tmpt dia.. Kehilangan anak krn kecuain diri sendiri lagi lah satu perkara yg tak dpt dimaafkan.. mesti si
ibu menderita seumur hidup.... ada pulak yg mintak si ibu didakwa.. What for??
dia kehilangan anak.. trauma... ditambah lagi dgn kena dakwa bagai... dia tertinggal bukan sengaja tinggal..
mungkin kerana bebanan kerja yg terlampau mendesak sampai si ibu lupa akan anaknya... Kesian sgt pd si
ibu & arwah... Cuma moga2 kejadian cmni dpt jadi pengajaran pd masyarakat2 di luar sana agar jgn
berulang lagi.... Wallahualam... semoga keluarga arwah tabah & sabar.. Ujian & dugaan di bulan yg mulia
utk menguji keimanan kita...