Mari Sertai Saya

Rabu, 11 Disember 2013

Terima Kasih Allah :')

Terima Kasih Allah :')
kerana ujianMu aku semakin sedar dr kealpaan
kerana ujianMu aku semakin dewasa
kerana ujianMu aku menyedari rahmat yg begitu indah dariMu


Terima Kasih Allah :')
kerana ujianMu aku semakin kuat
kerana ujianMu aku kembali tersenyum
keranaMu aku menghargai setiap nikmat hidup

InsyaAllah.. 
Semoga aku sentiasa dalam rahmatMu
semoga KAU sentiasa disisi ku 
Semoga airmata duka itu tidak menitis lagi
Semoga sekeping hati itu tidak terluka lagi

Kerana Mu YA ALLAH S.W.T... 
moga bahagia itu milikku & terus mekar bersama Rahmat dari Mu..
Amin Amin Ya Rabbal Alamin... 



Khamis, 10 Oktober 2013

Buat Seorg Sahabat


Minggu lepas Birthday seorg sahabat lama
sahabat yg dah lama aku lost contact & aku terpaksa lupakan
tapi hari tu aku wish birthday utk pertama kalinya selepas bertahun aku tgglkan dia
terasa sebak dihati saat aku taip mesej berbunyi
''happy birthday.. semoga sentiasa sukses dunia akhirat''

Kemudian dia membalas
dgn kata2 sgt terharu & mungkin tak menyangka 
dan satu katanya yg dia tk mahu kehilangan semua kwn2 yg dulu pernah bersama dia
& rindu pd semua
Hanya Allah yg tahu perasaannya

Aku hanya membalas
''berdoa pd Allah semoga dilembutkn hati mereka & luruskan niat''
ya... sesungguhnya hati2 kami sgt terluka
kecewa yg amat sgt
sehinggakan kami terpaksa membuang nama kamu dr list ''friend''

Aku mohon maaf pdnya
''aku juga rasa sama seperti kamu.aku bersedih. tp aku terpaksa buang kamu
& semua yg ada kaitan dgn kamu.maaf.. 
sbb aku rs sgt kecewa...''

Tapi katanya pula
hanya Allah juga yg tahu apa yg telah dia lakukan
dan alasan kenapa dia bersikap begitu

Wahai sahabat
aku bukan manusia kejam hingga menghukum tanpa sebab
jauh disudut hati aku telah lama memaafkn
tapi hingga saat ini kau masih tk memahami
kenapa aku menghukum

Bukan niat memutuskn silaturahim
tp sekadar merawat kekecewaan dihati
krn bimbang pisang akan berbuah dua kali

Aku dah lama memaafkan
aku dah halalkan segala nya
duit, keringat, masa yg terbuang dulu
sungguh!
krn itu sja kenangan yg ada

Cuma aku mohon kenanglah!!
tolonglah.. itu saja..
aku bukan minta kau membalas.. membayar utk itu..

Tapi cukuplah jika kau hargai
setiap pengorbanan dr kami
walau sedikit
itu sudah cukup

Saat aku dilupakan setelah kau senang
saat aku dilupakan setelah kau sihat
Saat aku dilupakan saat kau bahagia

Sehingga  kini aku masih tertanya2
apakah nilai persahabatan & perngorbanan aku
Sungguh aku kecewa hingga saat ini
:'(




Khamis, 29 Ogos 2013

La Tahzan Wahai Hati

aku tak mintak disanjung
cukup sekadar mengerti & rasai kehadiran aku
aku tak minta di layan spt ratu
cukup sekadar memahami aku

hati..
kadang2 ada 1001 rasa
marah.. cemburu.. iri hati..sedih.. gembira..
kerana aku manusia biasa...

aku masih lagi bertahan
tabah.. kuat.. merawat hati yg luka..
sesungguhnya aku sgt lemah....
tapi aku yakin
Allah S.W.T ada sentiasa bersama ku

Ya Allah
moga iman & jiwa ku kuat...

Krn aku takut suatu hari.....
hati aku.....jiwa aku......
akan berpaling.....
akan berhenti mengharap...
lalu aku 'pergi'
pergi buat selamanya....

andai itu terjadi
jauhlah aku dr redha Allah...
jauh la aku dr jalanNya...
sesungguhnya aku tak kuat.... 

andai itu terjadi
jgn aku disalahkn...
jgn aku dibenci
jgn aku dihina
krn aku penat menjadi aku
menjadi aku yg skrg...
krn ketabahan manusia ada hadnya...

wahai hati....
tabahlah.. 
jadilah kau sekental batu..
wahai diri..
tabahlah kau..
jadilah kau seperti tiada perasaan..
kerana mungkin itu yg terbaik...


Selasa, 23 Julai 2013

Lemas dalam kereta ibu

Mesti semua dah tahu pasal kes kanak2 mati lemas setelah ditinggalkn dlm kereta ibunya selama 5 jam.. Al-fatihah buat adik Iris & takziah buat keluarga arwah...


Budak 3 Tahun Maut Lemas Dalam Kereta Ditinggalkan Ibu 5 Jam | PETALING JAYA – 

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.  
Sedihnya aku baca berita yg yang melibatkan kanak2 mati kerana kecuaian ibu bapa.. Tak dpt bayangkn
 saat2 budak tu bertarung nyawa sblm menemui ajal... Inilah yg dinamakn ajal.. kalau dah sampai masanya 
akan pergi juga.. cuma cara & waktu yg berbeza & kita tak jangka.. nak salahkn si ibu tak leh jgk.. kita tk 
de d tmpt dia.. Kehilangan anak krn kecuain diri sendiri lagi lah satu perkara yg tak dpt dimaafkan.. mesti si 
ibu menderita seumur hidup.... ada pulak yg mintak si ibu didakwa.. What for??
dia kehilangan anak.. trauma... ditambah lagi dgn kena dakwa bagai... dia tertinggal bukan sengaja tinggal..
 mungkin kerana bebanan kerja yg terlampau mendesak sampai si ibu lupa akan anaknya... Kesian sgt pd si 
ibu & arwah... Cuma moga2 kejadian cmni dpt jadi pengajaran pd masyarakat2 di luar sana agar jgn 
berulang lagi.... Wallahualam... semoga keluarga arwah tabah & sabar.. Ujian & dugaan di bulan yg mulia 
utk menguji keimanan kita... 

Khamis, 18 Julai 2013

Madu a.k.a Racun


Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman. - KOSMO!


Jujur aku aku nak tanya seluruh wanita2 di Malaysia.. apa perasaan korang baca berita ni? SHOCK? SAD? ANGRY? apa pun perasaan Dayana sbg isteri yg teraniaya lagi la teruk... Hanya Allah je yang tahu.. 
Mmg benar islam menghalalkn poligami.. Tapi adilkah bg seorg isteri dgn tindakan ashraff tu? Kok ye pun dah kemaruk sgt nk kwen lain tggu la keputusan dr mahkamah dulu... Kesian sgt aku pd Dayana.. alasan tk dpt zuriat lagi.. logik ke? baru 2 tahun berkahwin.. bkn 10 tahun.. Allah sruh berusaha bkn tggu rezeki dtg bergolek.. Kalau aku di tmpt Dayana... Aku tk mgkin dpt jadi wanita setabah dia.. masih lagi pertahan kan maruah suami.. Ya Allah.. mulianya & solehah nya Dayana...

Dgr berita suami kahwin lari di Thailand mmg la satu tamparan yg maha hebat... boleh gila di buat nya.. apa yg aku tahu Dayan mmg tk rela dimadukan.. sbb tu Ashraff failkn di mahkamah kebenaran berpoligami. Tak boleh ke tggu keputusan mahkamah. Hormati keluarga isteri.. perasaan isteri tu sendiri perlu dihormati..sampai hati Ashraff.. Berdosa bg seorg suami melukakan hati seorg isteri... 
aku sendiri pon tk sanggup nak bermadu.. Bukan mudah.. nak bayangkn pon terasa ngeri!!

Untuk Wan Sakinah.. tahniah! Slmt pengantin baru.. Berbahagia lah diatas tangisan wanita lain... Satu hari anda akan faham bagaimana perasaan seorg isteri.. bukan sng nak berkongsi suami.. Semoga tabah hadapi cabaran hidup bermadu..

Dah x minat ashraff lagi.. cukup setakat ni.. kagum pon takde... Aku doakan Dayana tabah & mohon petunjuk dr Ilahi dlm menyelesaikn segala masalah yg berlaku.. sbg wanita & isteri.. aku sgt memahami.. 

Rabu, 3 Julai 2013

Izinkan Ku Pergi

sinaran mata cerita segalanya 
duka lara terpendam memori semalam 
tinggal segala cinta tiada kembalinya 
abadi kasih kita kau bawa bersama 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmara syurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 
tersemat jiwa setia bersamanya 
cinta murni berdua beribu tahunnya 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmara syurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayang bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

maafkan daku duhai kasih 
izinkan ku pergi.. 

Rabu, 5 Jun 2013

Selamat Pengantin Baru Han!!!


Harini kawan baik aku nikah. Malam ni.. pandai dia cari date nak same dgn anniversary aku jugak.. 
hehee.. (konon laaaa).. haha... Alhamdulillah... akhirnya bertemu jgk jodoh dia... :)..
Tumpang happy & bahagia utk Han.. Benarlah kata Ustaz Kazim Elias.. Kalau Dah Jodoh.. 
Jodoh.. Ajal ... Maut... semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T.. Setiap sesuatu tu ada hikmah disebaliknya... Allah dah takdirkan yg terbaik utk kita... Alhamdulillah jugak.. sekian lama dia meminta agar dibukakan pintu hatinya utk bakal suami pilihan keluarga... Sekian lama jgk la aku membebel macam mak nenek memberi sepatah dua kata.. ceewaah! haha... Mmg susah kalau jodoh ditentukan oleh keluarga bilamana hati & jiwa seakan sukar nak menerima... berbelah bahagi..  Nak pulak ada lagi pilihan yg lebih dekat dihati... 

Bagi aku kalau selagi pilihan keluarga tu tak bercanggah dr ajaran Islam ikut kan je lah.. sebab selalunya kebahagiaan tu dtgnya dr redha ibubapa... jika ibu bapa redha, redha la Allah... berkat & bahagia lah hidup.. jika tiada redha dr ibu bapa, tak guna juga kan... InshaAllah selalunya pilihan keluarga itu tepat.. Alhamdulillah calon suami yg dipilih tu menepati ciri2 seorg suami yg baik... bagus la kan? nak tggu sampai kita jumpa dgn org yg kita sayang... belum tentu lagi bahagia... camtu la aku nasihat kan dia.. mmg susah.. tp berdoa & terus berdoa agar terbuka & lembut hati utk terima segala ketentuan..

Aku rasa gembira.. bahagia... sebab InshaAllah aku yakin dia akan bahagia... calon & bakal suami nya bukan calang2 org... aku yakin yg dia mampu jadi suami & pembimbing nya hgga ke syurga nanti...
Selamat pengantin baru han.. semoga bahagia & berkekalan hgga ke anak cucu...  





Happy Anniversary & Happy Birthday!

Alhamdulillah.. genap 3 tahun harini usia perkahwinanku.. Syukur Allah masih panjangkn usia kami berdua & juga jodoh antara kami.. & semoga dipanjangkn lagi jodoh kami & sentiasa di rahmati... 

Kebetulan juga harini juga birthday en hubby.... curlass gitu! dua2 abg dapat ye... hehee... 
Happy birthday cyg!! Dah tua dah laki den.. hikhikhik... 
 InshaAllah... ada masa, kelapangan & rezeki lebih kita g meri go round serata tempat ye.. selebrate anniversary & birthday.. Hadiah? haha.. adeeer lerr... hehe.. Rahsia okeh! Bagi aku hadiah tu perkara kedua.. yg penting kita igt tarikh2 peristiwa penting dlm hidup org yg tersayang... & beri sedikit penghargaan tanda kasih sayang kita.. 

InshaAllah.. kalau boleh nak la jodoh ni berpanjangan selamanya.. dengan izin Allah S.W.T... 

bahagia sgt dgn kehadiran iecha yg lasak & aktif tak reti penat .. 








Selasa, 4 Jun 2013

Tepati Masa & Janji

Aku paling benci manusia yg tak pandai tepati masa & janji! Nak pulak berkali2! 
Harini aku ada QTI test pkul 10 pagi. tapi aku dtg awal sbb nak prepare & takut jgk kalau lambat nnt lambat habis.. Aku decide ambil teksi sampai ke IMKL sbb sampai LRT taman Melati pkul 8.00.. awal kan? Cikgu pon blm bangun tido lagi.. (agaknya laaaa kan)....

Sudahnya pkul 9 Abg Hafiz cikgu yg mengajar aku tu mintak aku contact terus dgn Cikgu yg uruskn pasal TEST aku.. Aku cb call, then dia bgtau dlm stgh jam lagi dia sampai.. sdgkan aku dah nampak dia depan ofis even aku jauh di kantin! okey takpe...aku tggu.. pas sejam lebih aku tgk jam.. 11.15 pg!! batang hidung pun tak nampak. 
Janji pkul 10! aku masuk kerja pukul 1.. kat situ mula terasa panas...

Aku sms tny.. bila test aku akan mula... aku inform yg aku kena masuk keje pukul 1. tetiba dia reply tak sempat org ramai.. WHAT THE FISH!!!!!! ko igt aku dtg semata2 nak dgr ko bgtau tak sempat? pkul 8.30 aku terpacak kat ctu tggu sebab janji korang cakap pkul 10.. Marah tak kalau ada yg terkena cam aku?? masa tu tgn aku mengigil2 dah tahan marah... Marah yg teramat sgt!! 

Ade sorg brader tny'' dik, knp adik dr pg smpai skrg tak wat apa2 pon.. tggu sape? nak test ke nak bljr?'' see.. ada org perasan AKU dari pagi disitu!! Aku masa tu tgh tahan nak marah.. trus bgtau dia yg cikgu2 aku semua janji macam #%&**&... dgn tak semena2 air mata aku turut jatuh... huhuu.. lemah nya aku masa tu!! sebab tu aku tak leh marah... kalau aku tak dpt lepas aku menangis.. Malunya aku masa tu... 

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya binatang(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dengan mereka, sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya)."

 Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada iman bagi yang tidak melaksanakan amanat, dan tidak ada dien bagi yang tidak memenuhi janji."


Skrg pon rasa tak de mood lagi nak story... Tapi kepada yg rasa diri tu umat Nabi Muhammad & Org Islam.. tlglaaa... jgnla aniaya orang.. kalau berjanji tu tepati laahh... jgn tetiba kau bg alasan yg tak masuk akal.. fikirlah pasal masalah orang lain jugak okey.. kalau tak .. Manusia marah.. Allah pon marah... 

Sekian! 

Isnin, 3 Jun 2013

0

Takde mood nak update belog.. Malas.. Kosong.. Jiwa Kosong.. Hati pon kosong...
Sekarang ni kat ofis.. Hanya fokus nak siapkan kerja yg melambak yg tak pernah habis.. Bebal nya rasa!!
Ish.. tak baik merungut.. hehe.. Bukan merungut tp sedikit penat.. Kat ofis kerja sbb dibayar gaji..
Balik rumah kerja lagi.. Wlpn takde gaji tapi TANGGUNGJAWAB.. ya kerana itulah aku terus bertahan..

Kadangkala rasa penat sgt... bkn sbb tanggungjawab tu.. tp penat krn TERBEBAN!!Apa yg bebankan aku?? Banyak la benda yg membebankan fikiran.. jiwa... & hati... Ekcelli.. tak pernah sudah pun.. cuma aku ni pandai manage agar semua nya nampak macam normal... Terer tak haku?heheee...


Esok ada QTI test.. haha.. dah tua baru nak hamek lesen ko?? yela.. tak der masa la katakan..

aku takut tak lulus je esok.. kalau tak lulus kena tambah kelas.. dah tambah kelas kenalah tambah duit ye dop?? Ingat aku chop det??! bengang aku.. belajar pon tak habis lagi.. aku pon tk faham.. sengaja lambat2kan masa aku belajar..Balik2 dlm litar.. sudahnya tak abes2 jugak.. suruh tambah lagi 4 jam.. Pastu sblm TEST JPJ nnt dorang suruh aku dtg belajar lagi.. kalau FREE takpe!! duit aku la do! igt nak dpt Rm 700 tu sng2 je ke? Duit aku dah abes bnyk amek lesen je! Ssh payah aku kerja tau tak... So lantak la ye. aku akn abiskn baki 2 jam je lagi then terus TEST JPJ sambil tawakal pd Yang Maha Esa.. semoga dipermudahkn... jgn harap la aku nak melayan hangpa!

Apalagi aku nak ceta? Ntah.. Dlm hati ni Hanya Allah S.W.T je yg tahu... Mungkin aku blm cukup mendekatkan diri pdNya lagi.. Sbb tu aku rasa mcm ni.. Rasa KOSONG! Subhanallah.. MasyaAllah!! Daifnya aku.. Zalim pd diri sendiri... InshaAllah akan aku topup lagi sementara masih diberi keizinan oleh Nya.. Moga2 segala kekosongan ni terisi.. Segala bebanan ni terhapus..Mungkin tak terhapus.. sekurang2nya terkurang.. kan.... :)


Serius aku letih... :'(

Rabu, 22 Mei 2013

My Mother Song by Yusuf Islam


aku suka sgt lagu ni.. sampai hafal... 
aku dedikasi kan lagu ni khas utk Afiq Muiz... hehe..
(mcm la dia follow blog aku.. haha)
dah2 la dik... tak cium bau syurga nnt..


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.


Khamis, 16 Mei 2013

Anniversary VS Birthday

tgh pening ni fikir.. nak beli apa utk hadiah anniversary cum birthday nnt..
kebetulan birthday hubby sama tarikh dgn anniversary ktorg..
waa.. indah kan... jimat! hehe..
kalau masa kali pertama sambut dulu hadiah paling bermakna yg aku pernah bg 
ialah... baby!! gembira yg amat sgt en somi masa tu.. haha
sambut anniversary dgn org baru ... 
tp skrg dh pening.. 
takkan nk bg baby lgi kot? haha.. over!
nak wat suprise dgn bajet yg tak la melampau...
rasa mcm nak hadiah kan sesuatu bersama kad ucapan yg aku buat sendiri..
boleh tak camtu? bunyik mcm best aje kan..
tp aku tak kreatif... camne??
tak pe.. bnyk lagi masa... sempat lagi nak deco2....

k dadaaaa...

Rabu, 15 Mei 2013

Adab Bertandang Ke Rumah Orang

Pernah ke korang2 semua bila bertandang ke rumah org main terjah je.. haha..
makna kata terus aje suka2 nak dtg masa bila, waktu bila..
bila sampai rumah org terus aje ketuk pintu & masuk?
haha.. jangan wat camtu...
walaupon kwn baik atau sanak saudara..
rambut sama hitam.. hati lain2.. kita tau ke org marah? 

Islam itu indah..

Rasullullah sendiri ajar kita bagaimana adab ketika bertandang rumah org..
& tuan rumah wajib memuliakan tetamu..
tapi kalau tetamu kureng... camne tuan rumah nak respek kan.. haha..
masuk rumah org at least bg la salam..
skrg2nya tuan rumah tau sape kat luar...
hormatilah tuan rumah... hormati hak nya sbg tuan rumah..
jgn sesuka hati je terjah mentang2 lah dah biasa... 
jom sama2 hayati ayat di bwh.. dah jelas diterangkn adab2 bertandang dlm islam..

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَدْخُلُواْ بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُواْ وَتُسَلِّمُواْ عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ - فَإِن لَّمْ تَجِدُواْ فِيهَآ أَحَداً فَلاَ تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمُ وَإِن قِيلَ لَكُمْ ارْجِعُواْ فَارْجِعُواْ هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ - لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُواْ بُيُوتاً غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ 
maksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)[27]. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan[28]. Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan[29]


jgn cakap orang lain lah..
contoh aku sendiri la kan..
kita selesa tak org dtg time kita tgk bergolek2 dgn pakai baju ala kadar?
nak pulak main terjah je.. salam tak bg main serbu buka pintu..
kalau korang hangin tak?? of kos la hangin satu badan kan.. haha...
tak kisah la siapa.. aku tak suka okeh!
even en somi pun aku tegur.. 
nak masuk rumah kalau pintu berkunci bg salam... 
kalau ketuk aje mmg sampai esok la dok kat luar tu.. 
sorry aku takkan buka.. haha..

okey la... sampai sini je la entry pasal adab bertandang ni ye,..
assalamualaikum... babai.. :)


KedekutKah Aku ??

Kali ni enty berkisar pasal aku.. Hanya diriku.. ahaakkkss...
Dulu masa zaman bujang aku gila kasut... Pantang nampak kasut design baru beli..
Kasut cantik beli.. bairpun harga sampai mencecah rm1++.. haha..
Bagi aku dah cukup mahal la tu.. Korang ckp murah?? Lantak la.. ada aku kesah?? hehe..
Tapi kasut2 tu semua bukan nya pakai pun. kejap2 je.. 
Last2 ada yg tggl kat umah sewa lama.. Ada yg dah bagi org..
Sebab tak pakai.. kan membazir.. kalau dibiar je kan rosak.. 
Boleh camtu?? Tapi tu dulu la... masa bujang trang tang tang.. hehe..
Dah lama aku buang sikap tu.. Sejak ada anak..

Tapi masalahnya skrg,
Aku dikelilingi oleh mereka2 yg suka / kaki / gila shopping.. (shopaholic laa)..
Seronok tgk dorg membeli belah... tak cukup tgn di buatnya.. hehee...
setakat ni aku masih mampu menahan lagi gelora rasa nk ikot sama soping...
kecuali ada baby fair & household... boleh la tgk2 apa yg menarik...

Kedekut ke aku kalau camtu? 
kedekut ke kalau aku tak shopping mcm org lain??
Tak tau la org cop aku kedekut ke tak...
tp aku tak kisah psl shoping2 ni..
bg aku membeli hanya pd keperluan..
bkn ikut kehendak..
yela.. dorang semua mampu...
belilah apa saja.. tapi aku tak...

Aku tak suka membazir dgn benda2 yg bkn bg kepentingan sgt pon...

prgai suka membeli msa bujang dulu dah aku tgglkan...
skrg ni nak shopping, teringat anak.. brg2 anak yg sentiasa kena ada..
bkn asyik fikir nak itu ini...
zaman skrg semua kena duit...
so kena la berjimat cermat...
ikut hati mmg mati lah nak beli macam2 kan...

itu lah prinsip aku skrg...

tak kisah lah org kata aku kedekut pon...
duit aku... suka ati aku lah kan.. hehee...
sekian.